Assalamualaikum...
Hari tu Alia ade suruh kte post kalau nak,so kte post la hari ni.. Haha. Nak ckp psal Chong Wei..
X pe kan kwn2?. Klau kte kat 4SA, mesti benda ni jgk lah yg kte ckp kat kelas esok.Selamat la korang skrg ni ye?. haha
Macam yg korang tau,klau tau la. Kte tau ade yg x tau ni..
Malam ni ataupun td la, merupakan perlawanan akhir World Badminton Championship 2011 yg diadakan di London.Peserta akhir perlawanan ni bagi perseorangan lelaki, macam biasa la. My Hero, Datuk Lee Chong Wei dan musuh tradisinya, Lin Dan.
Semangat nya nak tgok masa mula2 perlawanan ni.
Lepas solat maghrib,cpt2 duduk dpn tv. Huhu.. punye la smgt. Agak nye korang pun mesti mcm tu jgak kan? Ngaku je la. X pyah sgn2..
Mesti korang mcm ni kan? Eh!! tak. kte yg mcm ni. hehe
Nak smbung lagi pasal Chong Wei. Set pertama agak mencemaskan sbb dorang masing2 kejar mata. Dan jarak mata dorang pun tak jauh beza nya. 1 dgn 2 je. Berkat kesungguhan Chong Wei, beliau memenangi set pertama ni dgn keputusan 22-20.
Set kedua ni pulak, dah masuk waktu Isyak. Kalau nak tuggu set ni habis mmg lama. Jadi ape salah nye kalau tunaikan solat dulu kan.?
Tak lama pun kte tinggal kan Chong Wei ni. Lepas solat,cpt2 duduk dpn tv. Agak kecewa jugak la dgn mata yg dikumpul kan oleh beliau.. Kte tau, dia perlukan sokongan kte. Mmg mcm lipas kudung kte kat dpn tv. Tak duduk diam 'Xpe2. jangan risau. ade peluang lagi utk set yg ketiga.' Tu lah yg ayat yg bagi pendorong buat diri ni. Set ketiga pulak,yg merupakan set penentuan juara kali ni. Kedudukan mata lebih kurang dgn set pertama tadi. Mata dorang tak lari jauh. Jadi, ada harapan la Chong Wei mng set ni dan seterus nya mendpt gelaran juara dunia tahun ni (2011). Tapi nasib tak manyebelahi Chong Wei. Beliau tumpas di tangan Lin Dan dgn jumlah mata 23-21. Sedih dan kecewa yg teramat ku rasakan. Pasti itu lah yg dirasakan oleh Chong Wei masa tu. Saya faham awak..

Haa.. mcm ni la gaya Lin Dan setiap kali dia menang. mcm x pernah mng je kte tgok. sebenar nya dia bangga sebab dapat kalah kan pemain nombor 1 dunia, Lee Chong Wei..
Yang ni pulak perkara wajib yg mesti dia buat setiap kali mng dlm sesebuah perlawanan. Membaling baju dan kasut yg dia pakai semasa perlawanan kpd peminat2 dia.

Haha. x baik pulak nak kutuk2 org pada bulan mulia ni. kte akui,sebenar nya Lin Dan mmg hebat. Tapi hati ni masih ingin mengatakan Chong wei lah yg paling hebat. Mmg dah rancang awal2. Kalau la Chong Wei mng perlawanan ni, mmg nak buat kenduri kesyukuran. Tapi, ape bleh buat.. Xde rezeki.. hehe
Akhirnya perlawanan berakhir dgn kejuaraan mutlak adalah milik Lin Dan, pemain utama negara China. Tahniah!!
Dgn keputusan 20-22, 21-14, 23-21



Tiada ulasan:
Catat Ulasan